Kebaikan Dan Keindahan Sepanjang Bulan Ramadhan!


1. Berniat puasa pada malam harinya.Dari Hafsah, sesungguhnya Nabi saw besabda: "Barangsiapa tidak membulatkan niatnya berpuasa sebelum fajar (subuh) maka tidak ada puasa baginya"-(HR. Ahmad dan Ashabus Sunan)Hadis tersebut di atas membawa maksud bahawa setiap orang yang melakukan puasa Ramdhan wajib mendahuluinya dengan niat sebekum datangnya waktu subuh. Hadis ini membawa 2 pengertian iaitu:1.Berniat pada setiap malam2.Berniat untuk puasa selama 1 bualan Ramadhan pada malam awal Ramdhan.

2. Anjuran Makan sahur."Drai Anas, ujarnya Rasulullah SAW bersabda "Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkah"-(HR. Bukharidan Muslim)Bersahur itu adalah sunat.Makan sahur adalah makan yang membawa kebaikan dan keutamaan bagi yang melakukannya.Sahur akan memberi tenaga kepada yang berpuasa dan mendapat berkah yang akan Allah turunkan kepada dirinya sepanjang hari ia berpuasa.

3.Sahur dngan kurma."Dari Abu Hurairah, berkata bahawa Rasulullah SAW besabda; "Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma"-(HR. Ibnu Hibban dan Baihaqi)Bersahur dengan kurma adalah sunnah Nabi, jika diamalkan akan mendapat pahala.

4.Mandi menyegarkan badan ketika berpuasa.Dari Abu Bakar bin Abdur Rahman, dari seorang sahabat Nabi saw, berkata "Saya pernah melihat Rasulullah saw mansi membasahkan kepada baginda ketika baginda berpuasa kerana haus atau kerana panas".

5. Meninggalkan ucapan dan perbuatan sia-sia(dosa kering).Dari Abu Hurairah, berkata: Nabi saw bersabda 'Barangsiapa tidak meninggalkan perkataan bohong dan perbuatan curang, maka Allah sama sekali tidak memerlukan perbuatanya meninggalkan makan dan minum (puasa)."Tidak akan dapat pahala bagi orang orang berpuasa tetapi bercakap bohong atau berbicara kotor dan melakukan perbuatan curang atau berlaku tidak jujr.

6. Memperbanyakkan doa ketika berbuka."Dari 'Abdullah bin 'Amr bin ', berkata, sesungguhnya Rasulullah saw bersabda "Bagi orang yang berpuasa ada doa yang tidak akan ditolak ketika ia berbuka". Dan bila 'Abdullah berbuka , ia berdoa: "Wahai Tuhan, aku meminta kepadaMu dengan rahmatMu yang meliputi segala-galanya agar Engkau ampuni aku".

7. Pahala menyediakan makanan untuk orang berbuka puasa."Dari Zaid bin Khalid Al-Juhani, dari Nabi saw sabdanya: "Barangsiapa memberikan makanan untuk berbuka kepada orang yang berpuasa, maka ia memperolehi pahala sama dengan orang yang berpuas; sedangkan pahala orang yang berpuasa itu sendiri tidak berkurang sedikit pun."

8. Menghidupkan malam Ramadhan dengan solat."Dari Abu Hurairah, sesungguhnya Rasulullah saw bersabda "Barangsiapa melakukan solat pada malam-malam Ramdhan dengan iman dan mengharapkan keredhaanNya, maka dosa-dosa yang telah lalu akan diampuni".-(HR. Bukhari dan Muslim)

p/s : Semoga kita dirahmati ALLAH s.w.t....Dan Semoga kehidupan kita bejalan lancar sepanjang bulan Ramadhan!

0 comments:

ToLoNg bAgI keMo sY MaKan Eh!~

free counters
Semanis Kopi Pekat

Download Muvee at MHOmuvee

 

Designed by Templateism