fenomena baru remaja masa kini


Assalamualaikum..ade yang rindu aku tak??? maaf la, lately aku agak bz..so, memang payah sikit nak update blog.. :(
banyak idea-idea muncul time aku bz..tapi, bila ada masa je nak update blog, otak aku beku...
orait.. berbalik pada tajuk... aku nak sentuh sikit pasal fenomena muda mudi sekarang ni..
errr..fenomena penggunaan bahasa yang agak kurang sesuai... sebenarnya banyak list-list cara penggunaan bahasa dan penulisan yang salah...tapi aku nak cakap pasal satu perkataan paling kerap aku tgk diorang guna...
dari hari ke hari aku nampak penggunaan perkataan "kbai" menular di setiap FB anak-anak remaja.
Mungkin diorang rasa comel kot guna perkataan tu..hahaha...
Aku rasa Kbai tu boleh digunakan dalam banyak situasi... Contohnya..
Anda di kedai mamak...
*baru duduk di kerusi..tunggu 5 minit, mamak belum ambil oder..kemudia korang pon panggil...
Anda : Bai, Oder... (Penggunaan BAI yang pertama)
*mamak tu pon datang..
Mamak : minum?
Anda : milo ais..
Mamak : makan?
Anda : erm..kejap lagi la, eh eh, Bai! kasi saya roti telur la..potong-potong banjir kari kambing (Penggunaan BAI yang ke 2)
Mamak : wokey..
* selang beberapa minit.mamak pon datang hantar minuman..
Mamak : Bai, kari kambing habis la.. (Penggunaan Bai Oleh Bai yang pertama)
Anda : erm...
Mamak : kari ayam boleh ka?
Anda : KBAI!! <--- nampak tak?? (Penggunaan KBAI yang sebenar)


Hahaha..so,tak payah la korang nak jadi comel sangat kononya..
taip je la penuh-penuh... ok bye.. ataupon ok..tata..daa.titi..tutu....
banyak lagi boleh pakai..kenapa mesti KBAI???
Aku lak yang jadi x puas hati..hahaha
Korang nak tau kenapa??
ok...tadi aku jalan-jalan kat Encik Google..
tangan aku gatal nak search kat box google tu..
aku pon taip la KBAI..
Korang tau keluar ape??
meh nak tunjuk...





Meh tgk..
hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaahahahahahahahahaah!!


hehe..korang jangan marah ye... aku bukan apa...cuma taknak kawan-kawan aku disamakan dengan menatang ni... Ok bye~

p/s : hahaha..jangan maraaa~

Al-Fatihah buat Arwah Faiz..


Assalamualaikum... 


Harini Pagi-pagi lagi aku dah sedih..
Mood aku melayang-layang
tadi,mase aku jalan-jalan kat Encik Google..
aku terjumpa 1 blog..mula-mula aku ingatkan blog biasa je..
tp tangan aku nak jugak klik kat link tersebut..
then,bila page tu dah open..
aku ternampak 1 tajuk entry yang menarik minat aku untuk membaca entry itu..
tajuk die "Take Ur Time For a While :'("
aku pun mulakan bacaan...
Omg!!..tersentuh hati aku bila baca cerita si Blogger ni.. 
dengan lagu latar yang agak sedih..aku pon teruskan bacaan.. 
Dah habis baca..aku terfikir sekejap..Aku tak tau nak kata apa-apa..
aku terus menadah tangan dan berdoa kepada PENCIPTA..
semoga Arwah Faiz ditempatkan bersama org yang beriman..
dan buat cik Zizie Teo..doa banyak-banyak untuk die k...

Korang nak bace jugak tak??

Kalau nak baca klik : "Sugarr Bunny Storyy"


p/s : Mari sama-sama kita sedekahkan Al-fatihah buat arwah Mohd Faiz bin Yunos..




Sambil Menyelam Minum Air (part 1)


Haa...Aku xde idea pon sebenarnya nak update blog arini..keletihan yang amat sangat..terlalu banyak program aku kat sarawak ni....erk..Sarawak?? heee..diam-diam je aku dah sampai kat sarawak kan... Oke2... aku bgtau sikit kat korang kenape tajuk entry kali ni "Sambil menyelam minum Air".
Oke, sebenarnya abg aku nikah di sarawak..Hari Jumaat bersamaan 11/11/11..tarikh cantik...
Dari bulan 2 dah heboh 1 keluarga aku...abg aku akan pilih tarikh ini untuk disatukan bersama pasangan beliau...
dia cakap tarikh ni cantik...memandangkan die mmg suka no 11...so, Dia nak jugak tarikh ni walau apa pon terjadi...haha..aku ade bg cadangan kat abang aku..aku cakap kat beliau...kita ambil tarikh 11/11/11 pukul 11 malam... nak tak??/ korang tau apa yang beliau cakap dekat aku..."Nanti aku buat kenduri,Kau sorang je lah nak makan??"
hahaha...Sengal kan abang aku...haih..
Tapi nasib abg aku kire baik la...sebab cuaca kat sini tak meragam seperti biasa... kalau nak di ikutkan, Bulan 11 dan 12 merupakan musim "Tengkujuh" (hujan).
ALhamdulillah...
Sesampainya di sarawak..Kami dijemput oleh 2 biji Van dan 1 biji kereta Angsa..eh.. Toyota Unser..
agak ramai jugak yang ikut ke sarawak..mmg rombongan "cik kiah" la...Tapi kami Berlainan Flight... keluarga aku naik MAS...diorang semua naik AIR ASIA..so masa pergi nampak mcm x ramai je kat KLIA..
Aku sebenarnya tak tau berapa orang yang nak ikut..Sampainya kat sarawak baru aku nampak..Ya Allah..ramainye manusia yang bergelar KELUARGA aku turut serta memeriahkan majlis Pernikahan abang aku...
Yang pasti mmg best kat sarawak..banyak lagi yang aku nak cerita kat korang..Tapi semuanya dalam next entri k...sebenarnya aku x berapa ada masa nak menaip panjang...masa aku kat sini penuh dengan jadual-jadual yang aku rasa tak mampu nak ikot..tapi TERPAKSA...tak apalah...demi abang aku..

Ni aku kongsi sikit gambar2..sikit je...gambar lain aku upload dalam entri yg lain...PART 2...





tu la deh...2 3 keping gambar je wat masa skarang ni..
kbai..

p/s : sarawak antara negeri terbaik yang aku penah pergi...heee

Chef Riz Penipu?? Layak ke?



wohoo..panas..panas...sangat panas... Semua org dah tau tentang penipuan resume yang dilakukan oleh Chef Riz..Dah banyak bukti yang korang boleh lihat...Jelas dan nyata ok!!!Walaupon dia telah pun mengaku kesalahan itu...tp pepatah melayu mmg jelas sekali maksudnya...Nasi Sudah menjadi bubur... Seolah-olah chef Riz ini lupa tentang kehebatan dia yang sebenar...Semakin gembira dengan nikmat dunia...sampaikan Nasi yang dimasak terus-terusan di tambah airnya agar tidak terlepas peluang untuk menyaksikan kehebatan air nasi yang tengah mendidih....Sehinggalah airnya kering...Api yang kuat terus mengeringkan air yang rancak mendidih sehingga mengembangkan nasi....Dan Akhirnya ''Nasi Yang DiMasak Dah Menjadi Bubur''..
Begitulah pandangan aku tentang Kealpaan Chef Riz yang akhirnya menjatuhkan dirinya sendiri....

Kan dah dapat malu besar...sampai tak tau mana nak sorok muka...
Sebenarnya aku xnak ckp panjang-panjang pasal Dia...kerana aku mmg ada menyimpan sedikit rasa tidak puas hati terhadap chef Riz..Sejak aku tengok Mastercheff Malaysia....dia agak POYO....Konon Gempak sangat lah kan....
Jom tgk sikit fakta dan Auta yang dilakukan dia...


FAKTA #1 – Chef Riz mendakwa pernah bekerja sebagai Ketua Chef di restoran paling popular dunia milik Mario Batali, Babbo di kota New York ketika beliau baru berumur 22 tahun.
KANTOI #1 – Pengarah komunikasi Mario Batali, Pamela Lewy mengesahkan dalam balasan melalui e-mail yang mereka tidak pernah mempunyai Ketua Chef bernama Mohd Nadzri Redzuawan.
Namun, Chef Riz yang dihubungi kembali untuk mendapatkan kenyataan menegaskan yang beliau pernah bertugas sebagai Ketua Chef di sana selama setahun — Januari 2005 sehingga Disember 2005.
FAKTA #2 – Chef Riz turut mendakwa beliau pernah bertugas sebagai sous chef (orang kedua terkuat dalam sistem dapur) di Le Bernardin, restoran mewah milik Eric Ripert.
KANTOI #2 – Wakil Le Bernardin, Helen Medvedovsky membalas pertanyaan dengan memberitahu bahawa mereka tidak pernah mempunyai pekerja dengan nama seperti yang didakwa dalam profile MasterChef Malaysia.


*Tak ke korang rasa kenyataan dia tu seolah-olah..hmm..bak kata muda remaja sekarang...."Lu Ayat nak TOP!! je kan..." hahaha...*



Dan Korang rasa Layak kah seorang penipu untuk terus-terusan disanjungi???
I don't Think So babeyh....
Tepuk Dada Tanya Selera k...


hahaha

p/s:jangan terlalu mengejar gelaran bro...skang kan dah dapat.. "INI MAKAN DIE!!!"

Jom Mengenali jika Anda Sedang Ditipu...


ahaa...ni aku nak kongsi sikit cara-cara mengenali seseorang itu berbohong...Mungkin berguna pada anda..
Jom baca sama-sama..




Tanda-tanda Seseorang itu berbohong :

Menyentuh hidung
Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila si dia bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkannya.

Menutup mulut
Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya.

Gagap
Apabila seseorang yang bercakap lancar dan licin tiba-tiba gagap merupakan tanda-tanda sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut berbohong. Jadi, jika anda bertanya pada teman lelaki/suami anda dan sidia gagap untuk menjawabnya, maka anda tahu membuat kesimpulan atas tindakannya itu.

Pergerakan mata
Orang yang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dengan memandang tepat pada mata mangsa. Oleh itu,sekiranya kelipan mata berkurangan dari kadar biasa, ini mungkin tanda berbohong. Sebaliknya, ada juga keadaan dimana sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkedip dengan banyaknya, ini merupakan tanda-tanda tekanan perasaan yang berkemungkinan disebabkan berbohong juga. Kerlipan mata yang normal sahaja menunjukkan dirinya tidak berbohong.

Melengah-lengahkan jawapan

Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta.

Resah
Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya. Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, ini berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong.

*sekiranya kita ingin mengesan sama ada seseorang itu berbohong, kita perlu sentiasa memerhatikan air muka dan gerak badannya dengan teliti. Body language sudah boleh menunjukkan sama ada dirinya berbohong atau tidak. Sebarang perubahan dari keadaan normal mungkin merupakan tanda orang tersebut berbohong*



p/s: Untuk Yang Beragama Islam Ingat lah..Menipu itu berdosa.... :)

Tanda-tanda kematian (sekadar Renungan Bersama)










Tanda-Tanda Saat Kematian

100 hari : Seluruh badan rasa bergegar.

60 hari : Pusat rasa bergerak-gerak.

40 hari : Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.

7 hari : Mengidam makanan.

5 hari : Anak lidah bergerak-gerak.

3 hari : Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.

2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.

1 hari : Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh and asar.

Saat akhir : Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan).
Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam and jangan lagi bercakap-cakap.

******Bila Malaikat Mencabut Nyawa******
Baginda Rasullullah S.A.W bersabda:
"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S."

Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut.Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:

"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu
Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:

"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."

Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu."

Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T.

Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A:"Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.


p/s : Sekian untuk ingatan kita bersama.

Syoknyaa Memancing Udang....


Aha..ni nak kongsi sikit pasal pengalaman pergi memancing udang kat Sungai di Kuala Selangor...
Sebenarnya dah 2 - 3 kali aku pergi ke sana...tp dan-dan je tiap kali aku pegi, betery hp aku kong... 
tapi yang latest sekali aku pegi ari sabtu lepas...5/11/11.. oke..aku pergi bersama 1st Cheff aku.. Ah Ngai dan bersama Ex Cheff di Shah Alam, abg Khairey Ezwan... Kata orang, kalau dah gila memancing ni payah jugak nak bendung kan...x kisah bila, cuaca, kat mana, janji ade je peluang untuk melepaskan gian..pasti tak akan disia-siakan...Asal Boleh je....Yang penting barang-barang sume complete...
Sebenarnya aku pon baru jugak berjinak-jinak memancing udang ni...Sebelom ni aku jarang sekali kot,biasanya aku mancing kat  kelong ataupon yang paling cikai Kolam Bayar...layan Patin atau Ruhu...
Tapi berbeza sikit dengan pengalaman baru aku ni...aku mancing dekat sungai... Seronok jugak taw...
Jom tgk aku ada jadualkan sikit seharian memancing di Sungai Kuala Selangor...

Jam 12.00am

Masa ni aku masih lagi di Shah alam tgh cek barang-barang...tayar kereta... segala kelengkapan...
bile semua dah ready..12.15 kami bertolak dar shah alam... Bermula lah perjalanan kami....
Bismillah....Semoga kami tak pulang dengan tangan kosong dan semoga Allah merahmati segala rezeki yang kami dapat tak lupa juga semoga Allah Melindungi kami semua nanti semasa dalam perjalanan mahupun di destinasi...


Jam 1.30am

Alhamdulillah, kami selamat tiba di destinasi yang dituju...Dengan peraasaan yang amat tak sabar aku turun dari kereta dan terus menyuluh keadaan sekeliling...Tapi, yangg kurang bestnya malam tu hujai renyai-renyai... org kata jangan masok hutan kalau hari hujan...ade...ish...xde-xde...semangat aku kuat...Insyallah...


Jam 2.15am

Setelah MengeCOP tempat masing-masing...setelah siap memacak Pancang (besi berbentuk Y untuk menahan joran), barulah pencarian anak udang untuk dijadikan umpan dimulakan...Kami bergerak dalam satu kumpulan (bunyi mcm banyak je kan...padahal 3 orang je..), Setelah kami siapkan segalanya, Dengan harapan,tekad dan semangat. Dengan lafaz Bismillah..kami pon memulakan balingan pertama...Tunggu punya tungu......

Jam 3.30am

kling..kling..kling...salah satu loceng dari joran-joran aku berbunyi...Mendengar laungan Ah Ngai dari jauh... "Satu Sudah kena...apa lagi..kasi tarik looor..Mesti Selatus glem punya woo" Aku yang sedikit terkejut, tersenyum mendengar kata-kata Ah Ngai. Dengan tenang aku menarik joran dan membuat gulungan.... tarik punya tarik..Gulung punya gulung...nahh!! naik dah seekor udang galah bersaiz Extreme... wuhuu.. ada la 120Gram....Sepit biru woo...Alhamdulilah...rezeki pertama untuk malam ni.....

Jam 5.00am

Rezeki aku berterusan dari malam sampai ke pagi... Alhamdulillah... Dari malam aku terus-teruskan mendapat udang dan ikan...begitu juga Ah Ngai dan juga abg Khairey..masing-masing puas dengan hasil malam tu...
aku pon terus kan memancing dengan sabar...cuaca masih lagi hujan renyai..tapi langsung pon tak menjejaskan semangat kami...Lebih kurang 6.10am, hujan tiba-tiba turun lebat...Alamak...kami semua melabuhkan balingan dan berteduh di dalam kereta..haha...sakai je...

Jam 7.30am

Setelah sejam lebih aku duduk dalam kereta,hampir terlelap sebab kebosanan menunggu hujan berhenti...Akhirnya hujan dah pun berhenti...aku pon dengan gembira menjuju ke Port aku...Hati tertanya-tanya ade hasil ke tak eh... Alangkah terkejutnya aku bila aku tarik joran terasa ada tarikan....dengan semangat dan tersenyum aku meneruskan gulungan..tup-tup..dr permukaan air aku dah nampak makhluk Allah yang tewas di mata kail aku...eh...ni Ikan???
tak ku sangka-sangka rupanya seekor ikan Baung...Agak besar..ade la dalam 800gram...


Jam 9.00 

Aku telah menukar port..aku masuk agak kedalam lagi untuk mencari port yang selesa..
setelah jumpa dengan port baru...aku pon melabuhkan balingan dan terus menunggu...
Udang Dah semakin kurang...tapi Alhamdulillah ikan pulak yang ganti...tak putus-putus aku dapat ikan...
Kebanyakanya Baung..org cina panggil ikan baung ni ikan Foh Su Kong... haha pelik lak aku dengar name ikan tu...
Korang penah dengar?? mesti tak jugak kan..hahaha
Time ni aku terdengar takbir raya dari surau kampung yang berhampiran...
Erk...baru aku teringat...hari ni hari raya korban...haha mancing punya pasal..semua lupa...
hikhik..

Jam 11.00am

Haa....mata pon dah tak larat nak celik....dah berair-air...aku pon apa lagi..kemas barang2..simpan semua kelengkapan dalam beg...dan berangkat pulang... Hasil tangkapan yang agak memuaskan... 

Hasil :
  1. Ikan Baung 12 Ekor (campur,ada besar ada kecik)
  2. Udang Galah 4 ekor (sepit biru)
  3. Udang Biasa 17 ekor (udang yang mcm kat pasar tu)
  4. Ikan Belida 2 Ekor (Besar tapak tangan aku...kalau tapak tangan korang kecik bermakna 2 kali ganda tapak tangan korang)
  5. Ikan Putih 1 Ekor (besar tapak tangan jugak)


Ok la kan...dapat banyak mcm tu...bukan aku nak buat menjual pon...saje nak lepaskan tensen...lepaskan gian..Puas hati..!!

Kat bawah ni aku kongsi sikit gambar2..jom tgk...gambar ikan aku x dapat masokan lagi...sbb betery aku flat..then gambar tu berada di henset Ah Ngai...so nanti aku Update kemudian pasal gambar ikan tu eh...









p/s : Mancing kat sungai Kuala Selangor ni best tau...kalau korang berminat nak pergi email aku no fon korang...Nanti bila2 ada mas aku contact korang kita pegi ramai... lagi syok...boleh bawak khemah... siyes... 

korang ni bodoh ke sakai??




oke...aku sebenarnya nak ulas sikit pasal kejadian di malam final antara terengganu lwn negeri sembilan...
Mungkin aku agak terlewat sedikit untuk mengulas pasal isu ni...di saat org dah mula muak mendengar berita tentang keganasan penyokong terengganu membelasah penyokong negeri sembilan atas tuduhan membakar bendera...mana-mana yang masih lagi belum tgk video ni...sila lah tgk k.. then korang bagi pendapat korang...



hmm dah tgk? ape yang korang nak katakan???
oke...pendapat aku...
*korang semua yang terlibat dalam kejadian ni..semua dah mcm keldai....suka hati je nak belasah org...esok amek bendera korang tu buat kain kapan...konon patriotik sgt la kan..
sebenarnya korang xpuas hati mlm tu terengganu kalah....dah la dtg jauh2..duit dah beratus habis..badan pon letih...nak-nak lagi makanan kat stadium tu mahal...nak taknak kene beli....tup-up kalah la pulak....tu yang hampa... sbb tu korang yang mcm keldai ni lepaskan marah kat budak sorang tu...aku sengaja xnak ckp pasal video ni masa tengah hot dulu...sbb nanti lagi banyak yang aku carutkan.... 
S.T.U.P.I.D...


Ni satu lagi kejadian yang membabitkan penyokong terengganu...Memang sek2 ganu ni suke buat kecoh eh?  ish ish.... Malu Malu...jom tgk..




Dah Tengok ke???? Fikir-fikirkan lah ye...


p/s : Jangan nak tunjuk power sgt la kan...Allah akan membalasnya di akirat nanti... 

Kenapa Manusia Degil Eh??


Assalamualaikum dan selamat sejahtera, oke...ape2 pon, Selamat pagi kat korang x kire la korang bace entry ni pagi ke petang ke mlm ke...aku nak ckp SELAMAT PAGI gak... hehe..
Tengah duduk sorang-sorang ni,Terfikir aku akan satu pekara...haaa, Tu la !! pasal tajuk entry ni..
korang ade terfikir x...Kenapa eh manusia ni degil sangat-sangat?? ermm..maksud aku bukan lah mendalam sngat pasal degil tu...tp ade 2 3 pekara yang aku kurang puas hati...bile fikir-fikir semula...tah la..jom kite try fikir sama-sama....
Dah lama aku perhatikan...Korang perasan tak?? Bila kita pergi sesuatu tempat,tak kisah la mana2 pon kan, mesti terjum[a kedegilan manusia ni...sama ada kita perasan atau tak...ok...Contohya kalau kita tgk kat kawasan perumahan..ade papan tanda "DILARANG BUANG SAMPAH DI SINI", Tapi betul-betul kat bawah papan tanda tu berlonggok-longgok sampah...Bukan sikit-sikit anak...tapi BAPAK banyak... Kenapa lah manusia sering lakukan benda-benda bodoh macam tu...seolah-olah mencabar pihak berkuasa...
Ade lagi contoh yang lain...Satu lagi contoh yang selalu kita tgk mungkin tak perasan je atau mungkin jugak dah selalu sangat tgk...sampaikan dah lali...Ape tu ek?? PARKING!! betul tak???
Dah terang-terang kot Majlis Perbandaran Pacak papan tanda "No Parking","Clamping Zone" Tapii ada jugak makhluk Allah yang degil nak parking kat kawasan tu.... Bila dah kena kunci tayar,Kena denda rm50 baru la terhegeh-hegeh nak merayu, Siap ada yang marah-marah lagi tu..Menjerit-jerit macam orang gila.. "Takkan Parking Kejap Pon tak Boleh!!!" "Eleh,baru pakai baju majlis perbandaran dah gila kuasa nak saman-saman orang..belom jadi polis lg tu..." ish ish...kenapa lah payah sangat manusia nak ikot peraturan?
Sedar lah sikit adik-adik, abang-abang,pakcik dan makcik sekalian...Kita tinggal dalam negara yag bedemokrasi okeh!! Negara kita ada undang-undang..

Korang rasa-rasa lah kan, kalau kita semua ikut peraturan 100% kat malaysia ni kan, Ada lagi x berlakunya kemalangan?? bagi aku, ada tu tetap ada lah kan,,Sebab manusia ni lalai..Alpa....tp aku yakin dan pasti , tahap kemalangan akan berkurangan...senang cite kalau kita x langgar orang..mungkin orang yang sodok kereta kita... hehe...

Ok,aku nak tanya satu soalan..korang yang baca entry ni penah tak buat benda-benda yang aku sebutkan tu??? Jangan tipu la..mesti penah jugak...Dalam hati korang dah terfikir "Hmm...betul jugak kan.." tp,cepat-cepat korang buang perasaan tu kan? tak baik  tipu diri sendiri..Orang lain tak tau...tapi Allah tau... so, korang fikir-fikirkan lah ye..





p/s : Aku pun hanya insan biasa yang Alpa dan tak lari dari melakukan kesilapan...mari sama-sama kita berubah demi masa depan kita dan generasi yang akan datang...

ToLoNg bAgI keMo sY MaKan Eh!~

free counters
Semanis Kopi Pekat

Download Muvee at MHOmuvee

 

Designed by Templateism