Bagan Lalang!!


semalam aku g mncing...best2...
kat bagan lalang..syok woo...dpt banyak ikan..
tp tangan n muke aku itam2...sebab jemo tengah panas!!
walaupon penat tp siyes au puas ati... hakhak..dari kol 8 pagi sampai la 6 petang aku mancing smlm...
alhaldulillah..walaupon banyak ikan buntal..tp aku tetap seronok..
hee...hari Jumaat ni aku nak g kelong!!
nantikann. yeh...
ni ade 1 2 pic aku mancing smlm!!


bz bz bz bz bz...


Assalamualaikum....warhhh!!
gile penat..2 3 ari ni...bada aku kurang sihat jek la.. letih smcm je..takut plak aku..sbb baru2 ni aku ade terbaca artikl tentang cikugunya...demam gile tu..
tanda penyakit tu adalah
*sakit2 sendi
*gusi berdarah
banyak lagi sebenarny...
tp 2 tanda yang aku  nyatkan tu..ade kat aku skang ni..
adess...Esok nak g klinik la...takot..!!

Sesaknye!!


Salam..n selamat malam... ades.. sejak smlm line aku terok sgt..skang aku kat lcct!!
igtkan fullbar line die laju ar..tp lg terok dr line aku...apakah!!! tensen betol mcm ni.. ape line yang laju eh kat dunia ni...yang xkan lag walau sesaat pon...hurmm...nak bukak fp pon sangkut2!!

Tensionyerrrrr!!!!!


salam...aku kalah Men Snooker td..uwaaaaaa...sedeynyeee...brader tu hebat lor...
bleh tahan la kehebatan die..plessing die sume canthek...uhuk2..
xpe brader...1 ari nanti aku repeat balik ngan ko yeeer!!!

Nukilan Hati Gundah!!


permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri..
dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan..
jika tidak,kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan dalam dirinya....
cinta sesuatu yang indah...dilengkapi dengan kasih syg..
dibaluti dengan kejujuran dan kepercayaan,..tercipta lah sebuah cinta sejati...
..... :-)...

by : saba reya on FaceBook

Berani Ke x??


Cube Koran Tgk ni...bende yang terjadi pada diri aku sendiri..haha. buat kaki2 pncing..mungkin anda jugak ade pengalaman tersangkut mata kail pada jari...

arghhh!!!


Salam..hurm...arini x tau la kenape aku sangat2  jem...
dr pagi sampai la pagi balik da ni..aku tetap jem... Walaupon aku kluar jumpe kawan2 td..
main Snooker..Lepak2 minum2..tp aku tetap jem..
Tapi walau Mcm mne pon..aku hepi jugak la..sbb menang main snooker td..hehe..
Budak tu Poyo sgt..nak wat mcm mane kan..hehe... ni aku naktunjuk gambar2 kat snooker td..


mengantok abeh...


salam..haa....biasenye teim2 ni org sume dah tdo...bukan kate tdo je...tgh lena..dibuai mimpi.. ade gak yang dh nak bangun...dan ade gk yang dh bangun..hurmmm..tp aku je yang x reti tdo...tdo tu mcm mane eh??
ahaha...siyes doh..lately aku slalu tdo lambat..bangun xmenentu..
tp arini kepale aku jem sgt..ngantok ade..pening2 pon ade...lenguh2 tengkuk pon ade..
adess...esok aku nak g LowYat...kalau ade rezeki sok...aku nak beli 1 lagi anak Lappy..hehe
Notebook lerr...untuk sumone...aku rase aku patut tdo skang kot.....tp ni pon kat mamak lg..hehe..aku rase aku ngan mamak ni dah mc adik beradik..hik2... xpe2..nanti aku sambung lg k...chow~

Punca2 Wanita Lebih Cepat Nmpk Tua Dari Lelaki...


Jika kita makan dengan perlahan dan mengunyah makanan sehingga bena-benar hancur, itu akan membantu proses penghadaman kita, sekaligus mengelakkan kita gemuk.. tetapi kasihan kaum ibu ni, terpaksa makan laju-laju, telan terus tanpa sempat dikunyah kerana nak memujuk anaknya yang menangis. Tapi si suami.. layan jer sambung makan, buat-buat tak dengar anaknya menangis. So, wanita pun mudah jadi gemuk sebab makanan x sempat nak hadam betul-betul.
Wanita juga mudah gemuk kerana sifat mereka yang tidak suka membazir. Makanan yang tidak habis dimakan oleh anaknya, maka dialah yg akan menghabiskannya pulak. Sayang katanya takut membazir. Membazir tukan amalan syaitan. Si suami pulak dengan riaknya mengatakan kau ni kuat betul makan!

Bila anak menangis tengah malam nak minum susu, bapaknya akan tido mati terus. kalau yang dengar pun buat2 tido lena sbb malas nak bangun, malas nak ganggu tido nya. wanita lah yang dalam semalam, berapa puluh kali terpaksa bangun membuat susu utk anak. Bila x cukup tido, mulalah muka nampak letih dan cepat nampak tua. Kedut2 pun mula wujud. Masa tu guna Total Effect ker, aper ker xkan nak hilangnya. Petua utk cantik kan ada dua yang penting, minum air banyak & TIDUR SECUKUPNYA.
Dan bagi wanita yang berkerjaya, sudahlah penat bekerja utk membantu menambah pendapatan keluarga, bila balik rumah, semuanya dialah yang kena uruskan. Dengan perangai anak2, perangai bapaknya… nak itu, nak ini.. So, wanita pun membebel, marah2… dan bila marah2, banyak leter, so cepatlah jadi tua..

Wanita cepat tua & cepat gemuk adalah disebabkan LELAKI atau lebih tepat lagi SUAMI.. Oleh itu, hargailah segala pengorbanan isteri anda.
Mungkin sekiranya sehari sahaja isteri anda tiada, dan anda perlu memikul tanggungjawab dia sementara, anda mungkin tidak mampu melakukan seperti dia..

Info Pelik Tentang Haiwan..


Mse jalan2 kat Encik Gugel td..aku terbaca tentang artikel ni...

1) Tiram boleh bertukar
jantina.




2) Kalau kita sembur racun ke arah
semut, serangga itu mesti akan tumbang ke sebelah kiri.





3) Semasa dilahirkan, anak Beruang
panda adalah lebih kecil daripada seekor tikus. Beratnya cuma 113 gram
sahaja!





4) Seekor Cacing mempunyai 8
jantung





5) Ikan paus
boleh berenang selama 3 bulan tanpa makan





6) Unta mempunyai
3 lapisan kelopak mata, ini dapat melindungi matanya dikawasan padang
pasir





7) Lembu adalah
haiwan yang buta warna





8) Nyamuk betina
boleh hidup sehingga 100 hari manakala nyamuk jantan hanya 10-20 hari
sahaja.




9) Badak boleh
mengangkat 850 kali beratnya sendiri sedangkan manusia hendak mengangkat beban
yang 2 kali ganda beratnya pun macam hendak terkeluar isi perut.





10) Kupu-kupu boleh mengesan bau yang berada 11 KM jauh darinya.





11) Tenggiling
adalah binatang yang malas. Haiwan ini menggunakan 80% hayatnya semata-mata
untuk tidur!





12) Lintah bulan
mempunyai 4 hidung





13) Hamster hanya mengelipkan
sebelah mata sahaja pada setiap masa.





14) Buaya tidak boleh
mengundur.





15) Ular tidak boleh mengelipkan
mata, Reptilia itu juga tidak akan mematuk ketika berada di dalam air kerana
boleh menyebabkannya lemas.





16) Kutu dapat meloncat setinggi
30 cm, 200 kali dari ukuran tubuhnya





17) Telur unta adalah telur
paling besar di dunia. Berukuran 6-8 inci setiap 1, kalau di rebus akan
mengambil masa 40 minit untuk masak.





18) Semut tidak pernah tidur dan
ia akan bersenam merenggangkan badannya setiap pagi.





19) Lebah boleh hidup sekitar 40
hari sahaja kecuali pada musim sejuk ia boleh hidup selama 3-6
bulan.





20) Seekor landak dewasa
mempunyai 30,000 batang duri pada badannya dan ia diganti setiap
tahu






Betol Ke tak EK??


Kucing Boleh Sebut Namanya Sendiri...


Takjub. Mungkin itu yang akan dialami setiap orang jika mendengar hewan peliharaan bisa menyebut namanya sendiri. Itu terjadi di Cina. Seekor kucing jantan bernama Agui kerap bicara, “Agui?.
Fenomena langka itu nyata terjadi di Beijing. Tuan Sun, sang pemilik kucing mengungkapkan, awalnya dia tidak mempercayai pendengarannya saat kucing berusia dua tahun itu mengucapkan namanya. Pertama kali kucing berbulu putih itu melafalkan namanya terjadi saat Agui hendak dimandikan.
“Tahun lalu, saya membantu Agui mandi. Dia memang takut air. Setelah beberapa kali suara mengeong, saya mendengar dia menyebut namanya, ‘Agui’, dengan jelas,? ungkap Sun seperti dilansir Harian The Star, Rabu (21/3/2007).
Sun melanjutkan, mulanya dia ragu terhadap apa yang didengarnya, tapi kucing bermata kuning itu tetap mengucapkan namanya. “Sangat jelas dan terdengar seperti suara anak kecil,? imbuhnya.
Setelah itu, setiap kali akan dimandikan atau ketakutan karena bermain di luar rumah, kucing itu selalu mengeluarkan suara ‘Agui?.
Pernyataan Sun itu didukung oleh Rumah Sakit Hewan Fangzhuang. Bahkan, rumah sakit itu telah membuat dokumentasi saat Agui menyebut namanya. Tentu saja, Agui dibuat takut dulu, yakni dengan cara seolah-olah dia akan dimandikan.
Seorang juru bicara rumah sakit mengatakan, sangat mungkin perilaku Agui berulang kali menyebut namanya merupakan pengaruh tekanan stres karena rasa takut yang dialaminya.
“Jika saja pemilik kucing memberikan latihan secara sistematis, kucingnya itu bisa berbicara lebih banyak bahasa Cina, ujarnya.

sumber : okezone.com

Koleksi Cerita Lucu..........


Robot Jahat!!

Samad adalah seorang profesor terulung, dia berhasil mencipta robot yang boleh mengesan pembohongan, dia membuat robot itu sehinggakan ketika mendengar pembohongan, robot tersebut akan terus menampar si pembohong itu...

Samad dengan bangganya membawa robot itu ke ruang tamu dan menunggu anak lelakinya pulang. Tapi anaknya tidak kunjung pulang. Sehingga pagi barulah anaknya pulang.

"Kamu dari mana?" tanya Samad.
"Ada pelajaran tambahan ayah", jawab anaknya.
*PLANG* Robot tersebut menampar anaknya.

"Nak, ini adalah robot ciptaan ayah, dia akan menampar sesiapa yang berbohong! Sekarang katakan dengan jujur, kenapa kamu pulang lewat??!
"Maaf ayah... saya baru habis memonton movie di rumah kawan...".
"Cerita apa?
"Cerita Papadom ayah".
*PLANG*
"Katakan dengan jujur cerita apa?!"
"Maaf ayah... saya tengok cerita lucah".

Mendengarkan itu marahlah Samad.
"Kamu nie... kecil-kecil dah nakal... kamu nak jadi apa bila besar nanti?! Malukan ayah saja perbuatan kamu nie. Masa ayah kecil dulu , ayah tak pernah pun buat macam nie.

*PLANG* Samad ditampar oleh robotnya.
Suasana hening untuk beberapa ketika...

Isteri Samad kemudian masuk ke ruang tamu dan langsung berkata... "Huh, sama saja kelakuannya, ke mana akan tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Bagaimana pun sememangnya dia anak awak..."

*PLANG*
Robot menampar isteri Samad sebelum isterinya sempat menyelesaikan kata-katanya...dan semua terdiam...

Koleksi Cerita Lucu.........


Kahwin Dengan Lelaki!!!!

Rahmat ialah saksi satu kes jenayah berat, kelihatan gementar dan gugup ketika diminta memberi keterangan oleh seorang peguam. Dengan suara yang lantang, peguam itu bertanya, adakah anda sudah berkahwin?.

Sudah, Tuan. jawab Rahmat dengan suara yang tersekat-sekat.

Peguam : Sudah berapa kali, kamu berkahwin

Rizal : Sekali sahaja.,

Peguam : Dengan siapa kamu berkahwin?,

Rizal : Seorang perempuan, Tuan!

Kerana panas mendengar jawapan dari Rahmat, dengan marah, peguam berkata, Tentulah kamu berkahwin dengan perempuan. Kamu pernah dengar ke ada orang yang kahwin dengan lelaki? ,

Rahmat : Ada tuan, adik perempuan saya berkahwin dengan lelaki, tuan.

Koleksi Cerita Lucu........


Teknologi Malaysia,Jepu Dan Amarica...

Pada sebuah pertemuan antara Menteri Teknologi Sedunia di Langkawi. Menteri Jepun, Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia sedang ‘mengeteh’.

Menteri Jepun : Kalau anda ke Jepun, anda gali tanah kami, baru saja sampai 7 meter, anda akan temukan banyak chip, rangka-rangka besi, papan sirkit elektronik dan lain-lain. Ini menunjukkan bahawa sejak zaman nenek moyang, kami bangsa Jepun sudah mengenal teknologi robot.

Menteri AS : Kalau anda ke Amerika, anda gali tanah kami, baru saja sampai 3 meter, anda akan temukan jejak-jejak radioaktif. Ini adalah petanda bahawa sejak zaman dahulu kala, kami bangsa Amerika sudah mengenal teknologi nuklear.

Menteri Malaysia : Oleh kerana tuan-tuan sedang di Malaysia, saya persilakan tuan-tuan untuk menggali di sini biar tahu ada apa di bawah tanah kami.

(Dipanggillah 2 orang tukang untuk segera menggali tanah. Setelah kedalaman 70 meter, ke-2 tukang naik ke atas lagi)

Menteri Malaysia : Apa korang jumpa ?
Tukang gali : Tidak ada apa-apa
Menteri Malaysia : Ada KABEL TELEFON tak di bawah sana ?
Tukang gali : Takde Dato’..

Menteri Malaysia : (sambil ‘menjeling kerek’ ke menteri Jepun dan Amerika) Itulah petanda bahawa kami bangsa Malaysia, sejak zaman purbakala, sudah mengenal teknologi WIRELESS!

Koleksi Cerita Lucu.......


Gantu Bukit Putus...

Kisah gempar dan menyeramkan ini terjadi kepada seorang lelaki yang bekerja di Seremban. Pada hari tersebut (hari khamis petang jumaat) beliau terpaksa balik ke Kuala Pilah kerana keluarganya mengadakan kenduri arwah. Selesai kenduri lebih kurang pukul 11.00 malam, dia pun terpaksa berangkat balik ke Seremban sendirian walaupun agak lewat kerana keesokkannya dia bekerja.

Sampai di Bukit Putus, jalan yang bengkang-bengkok tu, dia pun ternampak seorang perempuan berbaju putih sedang menahan keretanya. Hatinya tergerak pula ingin menolong. Lantas dia pun berhentikan keretanya dan bertanya “Apa halnya cik adik malam-malam buta kat sini?”,”Abang.. tolong lah saya. Kereta saya rosak ni… Puas dah saya tahan kereta lain. Tapi semuanya tak nak berhenti. Boleh tak tumpangkan saya sampai ke Seremban aje. Saya boleh bayar berapa abang nak??”. Entah macam mana dia pun tergerak hati nak menolong perempuan berbaju putih yang cantik tu…

” Oklah. Saya pun nak ke seremban jugak”, terkeluar dari mulutnya… Tapi hatinya masih lagi was-was… Diapun membuka pintu dan mempelawa perempuan itu masuk. Perempuan tu bukannya nak duduk kat belakang, terus aje duduk di depan sebelahnya. Nak juga ditegur tapi terlalu pantas perempuan tu tutup pintu dan terus lock pintu. Berdegup juga hati lelaki tu. Dia cuba tenangkan dirinya… seolah-olah takde apa yang berlaku. Dia masih lagi membisu kerana menyesal kenapalah dia dengan mudah aje membenarkan seorang perempuan menumpang keretanya di tengah malam buta ni… seorang diri pulak tu…

Tapi yang peliknya, hatinya macam ditarik-tarik supaya menolong perempuan tu… Padahal, dia tu memanglah penakut dengan perempuan! Masing-masing hanya diam membisu beberapa ketika… Tiba-tiba… dia mula merasa seram & meremang bulu roma bila perempuan tu berbau wangi. Dia pun mulalah membaca ayat-ayat suci yang terlintas di kepalanya. Peluh mula membasahi dahinya. Dia makin tak senang duduk .Perempuan tu kelihatan agak bersinar bila kenderaan yang bertembung menyuluh kearah keretanya. Dia pun memberanikan diri dengan menjeling ke arah perempuan tu bila sampai ke selekoh yang tajam. Perempuan tu juga memandang kat dia sambil tersenyum. Menampakkan giginya yang putih… ditambah lagi dengan baju yang dipakainya…

Dia pun beranikan diri dan bertanya…

”kenapa cik adik ni pakai baju putih malam-malam ni??
”ni memang pakaian rasmi saya setiap malam jumaat… ”
” Saya ada kelas yasin… ” jawab perempuan tu
”Tapi.. putihnya lain macam aje… tak pernah pulak saya tengoknya ”
tanya lelaki tu lagi.
”Apa yang lain nya… sama aje. Eh, betul ke tak pernah tengok??”
” Eyea… lain macam aje. seram pulak saya dibuatnya… ”
” Ehh takkan sampai seram… ”

“Pakai aje le Breeze colour baru!!!”

Lelaki tu bengang dan terus aje memecut keretanya. Sekianlah aje… ..

Koleksi Cerita Lucu......


Pelancong Dan Isteri....

Seorang pelancong singgah di sebuah hotel pada tengah malam. Pelancong itu meminta pekerja hotel memberikannya sebuah bilik katil single.

Tiba-tiba pelancong itu terlihat seorang gadis cantik dan seksi di lobi hotel. Dia meminta diri dari pekerja hotel untuk bertemu gadis tersebut. Setelah beberapa minit, pelancong itu datang bersama gadis cantik dan seksi dalam dakapannya.

"Saya sungguh gembira bertemu isteri saya di sini," katanya kepada pekerja hotel. "Saya nak bilik katil queen size".

Keesokannya, pelancong tersebut pergi ke kuanter untuk membayar sewa hotelnya. Dia sunnguh terkejut kerana sewa hotel itu sebanyak RM3000. Dengan perasaan marah dia berteriak. "Baru 1 malam aku di sini, kenapa terlalu mahal?".

"Betul, tuan baru 1 malam, tetapi isteri tuan sudah 7 malam menyewa di sini", kata pekerja hotel kepada pelancong. Dengan perasaan malu, pelancong itu membayar menggunakan kad kreditnya.

Panas Panas...Panasnya cinta muu..


haa...salam..aduhaii..kenape la panas sgt arini eh...bukan arini je..ari2 skang ni panas...
cam nak tebakar pon ade....bepinar2 aku wat keje kat luar ni..ish...
td nampak gelap je mcm nak ujan...tp skang ni dah panas balik da....
aiyooo..aku nak upload pic men snooker..tp blog ni wat hl la plak...
xpe3...nanti mlm sket aku upload eh...dah la...aku kepanasan ni...

uawarghh~


haaa..salam...Ni aku kat mamak ngan kawan2 aku sume...
diorang tgk bola..hehe..seb bek la aku bukan jenis fanatik sgt ngan bola ni..lau ade tgkla....kalau xde pon xpe kot..huhu...sblm dtg tgk bola..aku g men snooker ngan budak QTHAI..
ok la...kalah..haha...nanti aku upload pic2 men snooker..ade ar 4 5 keping....
tah kenape la.. kepale aku penin mcm ni...td aku mkn roti telur+roti kosong banjir kari kambing...
arini kari kambing die x mcm slalu la...agak pekat sikit..pening pale aku..adesss...
Kepalaku lagi Pusing nich...hakhakhak...
daa..

Mancing Mancing...Panduan Umpan Untuk Memancing!!!


haaa...korang minat mancing kew?
sape minat mancing leh la jadi geng aku...
aku dari dulu mmg gile mancing2 ni..ckp je lombong mane aku x redah...kolam mane aku x sampai??
kat area nilai ni ade 1 kola populer dgn name SEVEN LAKES....area Batang Benar.. Tempat ni kire bagos gak la...Ade 1 lg kat KESUMA LAKES...area Beranang(Bandar Tasik Kesuma). Tempat Mmg dasyat..skali pegi kompom 2 3 kali ulang...Ade 1 lg tempt yang aku slalu pegi kat MAMBAU.. Kolam cina..tp ikan dasyat2...takat 3 kilo ke atas tu senang2 je nak dpt...tp dengan teknik dan skill yang betol la...men nak sebat je kire nasib la nak dpt kan..huhu

biasenya umpan mancing yang aku slalu pakai ni tgk jenis ikan
Patin : roti(dadu) + yis..
Rohu : dedak + kelapa atau kerisik
Baung : cacing atau cengkerik
Keli/Semilang : Dedak+kelapa parut atau kerisik + yis..
biasanya tu e l yg aku slalu pakai... kalau korang ade umpan yang pawer2 lg sila2 la konsi ekk..
korang bleh gak tgk kat web ni..untu contoh2 umpan yang pawer....
http://ikanmania.wordpress.com ... sekian

Buat Blog Sendiri!!!


haaa...kalo korang nak wat blog sndiri...Xpandai...
Tp Nak wat Gak..
Ade keingnan hati..korang leh blaja Codes die kat WWW.QUACKIT.COM.. Try la.. tp Jgn Lupe Dah ADe Blog Sndiri..Follow La Blog Aku k...Huhu...
web tu bleh tahan la bagusnye..mcm2 bende aku blaja kat ctu..
Selamat belajar...

Help me out!!!


Tolong2...tolong aku..aku Laporr...
Dr pg td dah aku x mkn2 lg...sampai la skarang ni..
Aku bukan ape...MALAS je yang menguasai diri aku skarang ni..
Haha...sites doh...lately aku memang MALAS Gilee...
Nak wat pape pon aku mls...
Hmm...ckp sal malas...teringat pesan cikgu aku dulu...
Die slalu ingatkan aku ape erti malas.
Die ckp...
MALAS : Malang Akan Landa Anda Selalu...
Bile pikir2..betel jugak ape yang cikgu aku ckp tu.. Heeee..
So,jgn la malas2 kale Xnk dilanda Malang selalu k...
Muahhh!!!

Koleksi Cerita Lucu.....


Siapa pekak???


Udin pergi berjumpa doktor mengeluh ttg isterinya yang mempunyai masalah pendengaran.


"Seberapa burukkah pendengarannya?" tanya doktor


"Entahlah doktor,tapi yg pasti setiap kali saya ingin katakan sesuatu,saya perlu menjerit beberapa kali," keluh Udin.


"Ok cuba buat mcm ni,berdiri sejauh 6meter & katakan sst kepada isteri kamu.Jika dia tdk mendengar kamu berdirilah lbh dkt sedikit  dengannya & ulang apa yg kamu katakan td.Jika dia tdk mendengar jg,dekatkan jarak kamu sedikit demi sedikit,dngan itu saya blh tahu berapa jarak pendengaran maksimumnya..."


Maka Udin pulang ke rumah & mendapati isterinya sedang memasak.Dari jarak 6 meter dia berteriak "makan apa kita malam ni?"Tak ada jawapan,lalu dia berjalan ke hadapan sedikit dlm jarak 5meter & bertanya lg.Juga tidak terdengar jawapan.Begitu juga pada jarak 3 meter


Akhirnya dia berdiri di samping isterinya "Makan apa kita malam ni?"Katanya sedikit menjerit.


Si isteri dengan mata yang berlinangan menjawab.."Untuk kali ke empat saya beritahu KARI KEPALA IKAN"

Koleksi Cerita Lucu....


Pada suatu hari Ahmad dan rakan karibnya, Hassan, pergi memancing kat sungai.Dalam bosan-bosan menunggu ikan, Ahmad berkata,


Ahmad: aku ada satu cerita.
Hassan: cerita ape?
Ahmad: nanti kalau aku bercerita, kau kena ikut perkataan belakangnya, boleh?
Hassan: yela...


Ahmad pun memulakan ceritanya...


Ahmad :satu hari aku pergi memburu.
Hassan : memburu.
Ahmad : aku masuk ke dalam hutan.
Hassan : hutan.
Ahmad : tiba-tiba aku rasa nak terberak.
Hassan : berak.
Ahmad : aku berlari ke semak.
Hassan :semak.
Ahmad : aku pun berak.
Hassan : berak.
Ahmad : satu hari yang lain aku pergi memburu lagi.
Hassan : lagi.
Ahmad : aku pergi ke tempat yang aku berak dulu.
Hassan : dulu.
Ahmad : aku lihat tahi aku sudah tak ada.
Hassan : ada.
Ahmad : aku pun tertanya-tanya.
Hassan : tanya.
Ahmad : siapa makan tahi aku?
Hassan : aku....

Koleksi Cerita Lucu...


  Interview Lanun


Seorang lelaki yang kudung kakinya, tangannya bercangkuk dan bermata satu hadir dalam temuduga untuk menjadi lanun.


Penemuduga: "Bagaimana kaki kamu boleh kudung?"
Lelaki: "Cedera ketika perang dunia kedua"
Penemuduga: "Kenapa tangan kamu bercangkuk?
Lelaki: "Terpotong dengan pisau besar!"
Penemuduga: "Mata kamu pula?"
Lelaki: "Suatu hari ketika hujan saya mendongak kelangit, lalu ada seekor burung menjatuhkan tahinya ke mata saya."
Penemuduga: "Adakah kerana itu mata kamu rosak dan hanya tinggal sebelah?"
Lelaki: "Bukan itu sebabnya, mata saya terkeluar selepas menggunakan cangkuk untuk menyapu tahi itu

Koleksi Cerita Lucu..


KENTUT YANG TAK BOLEH DITAHAN...


Seorang gadis pergi makan malam kerumah orang tua kekasihnya.Ini adalah makan malam pertama dengan keluarga kekasih dan dia begitu gugup.


Mereka semua duduk di sebuah meja makan dan mulai menikmati hidangan enak yang tersaji.


Beberapa saat kemudian si gadis mulai merasa kurang selesa akibat rasa gugup yang keterlaluan dan broccoli casserole yang dimakannya.


Hampir menangis rasanya ia berusaha menahan kentut. namun karena sudah tidak tahan, tak ada pilihan lain, dia putuskan untuk mengeluarkan sedikit kentut agar terasa agak lega.


Kentut itu tidak begitu nyaring, tapi semua orang di meja makan mendengar bunyi kentutnya.


Belum sempat rasa malu menyerbu si gadis, bapa kekasihnya melihat ke anjing keluarga yang asyik mengendus-endus di kaki si gadis, dan berkata dalam nada yang agak tinggi,"Doggy!"


Si gadis berfikir, "wah ini bagus!" dan segaris senyum lebar menghias wajahnya. Beberapa menit kemudian, dia mulai merasa tidak selesa lagi.


Kali ini, dengan tanpa malu-malu di lepaskannya kentut dengan bunyi yang lebih kuat.


Bapa kekasihnya kembali menatap anjing keluarga mereka dan berteriak, "Celaka Doggy!"


Sekali lagi si gadis tersenyum dan berfikir, "bagus!" beberapa menit kemudian si gadis merasa perlu mengeluarkan kentut lagi.


Kali ini dia tanpa berfikir panjang dia melepaskan kentut begitu saja, bunyi kentutnya kali ini boleh menyaingi bunyi kereta api.


Sekali lagi bapa kekasihnya melihat ke anjing keluarga dengan pandangan jijik dan berteriak, "Celaka Doggy!", cepat pergi dari perempuan itu sebelum dia berak diatas kamu!"

mirc





ToLoNg bAgI keMo sY MaKan Eh!~

free counters
Semanis Kopi Pekat

Download Muvee at MHOmuvee

 

Designed by Templateism