Selamat Hari Guru!!!


Waktu pelajar sakit,
guru menjadi doktor
waktu pelajar buat kes,
guru menjadi polis
waktu pelajar bayar yuran,
guru menjadi akauntan
waktu pelajar berkhemah,
guru menjadi rambo
waktu pelajar keliru,
guru menjadi penunjuk arah
Teruskan perjuangan yang mulia
ikhlaskanlah hati
selamat hari guru
untuk semua warga pendidik...






(SN Usman Awang)


Guru Oh Guru ..................
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum manjadi dewasa.


Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.


Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.


Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.


Nukilan Allahyarham SN Dato' Dr. Usman Awang
Dipetik daripada buku antologi puisi Guru oh Guru
yang diselenggarakan oleh Zam Ismail
terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur, 1989.



Kepada semua guru2 dalam Malaysia dan juga Dunia..Dengan Setulus Ikhlas sy ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU dan Terima kasih banyak2 kerana telah mendidik kami semua....
Kepada Cikgu ROSDAH...i miss u cikgu...mungkin jika ada kesempatan kita akan bertemu kembali....
Dan juga Buat ibuku ataupun juga sebagai guruku...i love u mama...terima kasih kerana telah menjadi seorang ibu dan guru yang baek...doakan kejayaan anakmu ini...Sekali lagi Jutaan terima kasih untuk Guru2 di dunia.....Selamat Hari Guru

0 comments:

ToLoNg bAgI keMo sY MaKan Eh!~

free counters
Semanis Kopi Pekat

Download Muvee at MHOmuvee

 

Designed by Templateism