Tikus tersebut, di mana beratnya 6 pound dan ekor sepanjang 12 inci telah ditangkap pada satu hujung minggu di kawasan perumahan Fuzhou, di mana bandar yang mempunyai lebih 6 juta penduduk.
Mr Xian, orang yang bertanggungjawab dalam menangkap tikus terbabit berkata semasa beliau sedang menyapu di jalan raya di depan rumahnya, beliau ternampak segerombolan orang berkumpul seperti melihat sesuatu yang pelik. Beliau yang kemudiannya terus bergegas ke situ dan melihat seekor tikus gergasi sedang cuba untuk meloloskan diri dari pandangan orang ramai.
Beliau juga memberitahu kepada wartawan, mungkin binatang ini adalah satu jenis haiwan yang jarang ditemui dan mampu menjadi penemuan spesis baru, beliau mula mendapat semangat untuk menangkapnya. “Ya! Saya berjaya. Saya berjaya menangkap tikus sebesar seekor kucing ini!” katanya sejurus sahaja berjaya menagkap tikus itu di genggaman tangannya.
Pihak universiti tempatan telah mengkaji haiwan tersebut dan mendapati haiwan ini tergolong di dalm jenis ‘bamboo rat’ berdasarkan gambar yang diperolehi mereka. Namun begitu kata mereka lagi, kajian yang lebih mendalam perlu dilakukan bagi mengesahkan bahawa benar tikus ini tergolong dalam golongan tersebut.
Tikus golongan ini amat jarang ditemui di mana-mana dan ianya mungkin berasal dari negeri selatan China, Burma ataupun Vietnam. Namun begitu, ‘bamboo rat’ yang pernah dijumpai di Sumatera masih lagi memegang rekod tikus terbesar di mana ukuran panjangnya mampu manjangkau sehingga 30 inci panjang dan juga seekor tikus yang ditemui di negara Afrika yang mana panjangnya dipercayai dilaporkan sepanjang 36 inci.
0 comments:
Post a Comment