Sape2 Yang Lupe Niat Puase..Jom Bace~



Assalamualaikum,
tinggal lg sehari je nak puasa
Moga2 puasa kali ni
lebih bermakna 
dari tahun2
yang sebelom ni.
سلامت مڽمبوت رمضانالمبارک




Kat sini aku sertakan niat puasa bg membantu paada yang dah lupa...
semoga puasa kita diberkati Allah s.w.t...


Niat Puasa Ramadhan

Lafaz niat untuk sebulan puasa
niatsebulanpuasa
Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala
Lafaz niat puasa (harian)
niatharianpuasa
Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

Doa Berbuka Puasa

doaberbuka
Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Doa Selepas Berbuka Puasa

doasesudahberbuka
Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.

Dikesempitan ini jugak..Kami Dari Pihak Kopipekat dah BawahTanahCrew  Ingin mengucapkan SLAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA UMAT ISLAM DI SELURUH DUNIA....




p/s : Selamat menjalani ibadah puasa dan jangan lupa niat serta doa2 ni semua sbb inilah yang akn dibaca pada tiap2 hari bulan ramadhan ini InsyaAllah

Produk Untuk Bazar Ramadan....Zass~


haa....Harini dah hari sbtu..tinggal sehari je lagi nak puasa....Esok dah tarawih.... hmm...
aku juga x kurang bznye..buat kueh..prepare tu...prepare ni.... payung,meja,dapor gas..barang2 sume lah dah siap... Mlm ni aku buat Kueh SARDINE ROLL...Meh aku tunjuk kan 2 3 keping gambar kueh aku buat tu... kalo nak tempah sile la email aku k....wkwkwkwkw....






p/s: Sape2 nak Oder Or belajar buat..sila la email aku ek.. kopipekat89@yahoo.com

Tanda2 Mlm LailatulQadar...~


Pesan junjungan besar nabi muhammad (selawat dan salam keatas baginda)adalah malam qadar berlaku pada satu malam daripada 10 malam terakhir (hari ganjil) bulan ramadhan.


Petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama’ untuk cari mencari malam Lailatul Qadar
Jika awal ramadhan jatuh pada hari:
I) Ahad atau rabu – malam qadar dijangka berlaku pada malam 29 ramadhan
II) Isnin - malam qadar dijangka berlaku pada malam 21 ramadhan;
III) Selasa atau jumaat - malam qadar dijangka berlaku pada malam 27 ramadhan;
IV) Khamis- malam qadar dijangka berlaku pada malam 25 ramadhan;
V) Sabtu- malam qadar dijangka berlaku pada malam 23 ramadhan
Kata sheikh abu hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas.
Berdasar petua di atas, insyaallah malam qadar jatuh pada malam ke 25 ramadhan bersamaan dengan malam selepas siang 7 hb oktober 2007.
Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga!!!!
Tanda malam qadar ialah :
1) Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
2) Siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
3) Pada malam itu malaikat jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.
Marilah kita beramai-ramai memeriahkan suasana 10 malam terakhir ramadhan dengan beribadat kepada allah swt dengan ikhlas dan penuh keimanan, mudah-mudahan kita dapat kurniaan allah yang kelebihannya pahalanya melebihi - 1000 bulan atau 83 tahun umur kita.

Llaki Mohon Tuka Jantina Meninggal Semalam..!



Mesti ramai yang mengenali Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz yang telah memohon untuk menukarkan namanya kepada Aleesha Farhana yang kita dengar baru-baru ini. Berita gempar yang baru diterima Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz telah pergi meninggalkan kita semalam.


Beliau dimasukkan ke hospital itu 3 pagi semalam setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah. Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika dihubungi berkata jenazah anaknya itu dijangka dikebumikan selepas waktu Zohor. Semalam, doktor mengesahkan anaknya itu mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau ‘unstable angina with cardiogenic shock’. Katanya Mohd Ashraf Hafiz, 25, sebelum ini mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita, ditolak pada 18 Julai lalu.

Sumber..
p/s: Al-Fatihah

Kelemumur Jejaskan Pesonaliti!!


ALANGKAH malunya jika kolar dan bahu baju memutih akibat kelemumur yang bertaburan. Sisa-sia kelemumur ini biasanya akan kelihatan begitu jelas kalau baju yang dipakai itu berwarna gelap.
Kelemumur merupakan masalah yang biasa dihadapi oleh sesiapa sahaja tidak kira lelaki atau pun wanita.
Biarpun ia bukan penyakit berjangkit, tetapi ia mampu menjejaskan personaliti seseorang.
Bukan saja tidak selesa kerana asyik menggaru kepala yang gatal, bahkan orang keliling pula rasa kurang senang dengan tahap penjagaan kebersihan diri.
Sisa-sia kelemumur yang jatuh atas baju pula pasti menjejaskan penampilan seseorang.
''Kelemumur atau nama saintifiknya pityriasis sapitis adalah satu fenomena biasa yang dialami oleh 50 peratus daripada manusia dari pelbagai latar belakang,'' kata Pakar Perunding Kanan Dermatologi, Dr. Steven Chow Kim Weng.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah bertajuk Pengenalan Mengenai Kulit Kepala dan Kelemumur pada Bengkel Media Head & Shoulders di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Dr. Kim Weng berkata, sebenarnya kelemumur berpunca dari sejenis yis yang dinamakanmalassezia globosa.
''Yis ini akan memakan sebum kulit (lipid) dan kemudiannya mula mengeluarkan sejenis molekul,'' katanya.
Katanya, molekul yang dirembeskan itu akan menyebabkan berlakunya kegatalan pada kulit kepala.
''Dari sinilah punca di mana kulit kepala mula berkuping dan akan berlakunya kelemumur,'' katanya.
Jelasnya, kelemumur akan menyebabkan seseorang itu mula rasa tidak selesa kerana kulit kepala gatal dan mereka akan asyik menggaru.
Katanya, kegatalan kulit kepala yang amat sangat juga akan membuatkan masa tidur akan terganggu.
''Orang yang menghadapi masalah kelemumur ini juga akan mula berhadapan dengan masalah rambut rosak atau gugur,'' katanya.
Selain itu, katanya, ia juga akan menyebabkan seseorang itu mula merasa tidak selesa untuk bersosial kerana selalu menggaru kepala.
Lebih memalukan apabila banyak kelemumur jatuh di atas bahagian leher baju.
Jelasnya, setakat ini dianggarkan 4.3 juta rakyat di negara ini menghadapi masalah kelemumur.
Dr. Kim Weng memberitahu, sebenarnya terdapat pelbagai jenis masalah kelemumur. Ia bukan sahaja pada bahagian kulit kepala sahaja.
''Ada yang jenis berkuping dengan kelemumur ini merebak hingga ke bahagian telinga,'' katanya
.
Selain itu, katanya, ada masalah kelemumur yang terjadi di bahagian hidung, kening dan dahi yang kelihatan seolah-olah seperti jerawat kecil.
Katanya, masalah kelemumur juga dihadapi mereka yang mengambil steroid bagi mengubati penyakit.
''Bayi yang baru lahir juga boleh menghadapi masalah kelemumur yang dipanggil cradle cap,'' katanya.
Bagaimanapun, katanya, masalah kelemumur itu masih boleh diubati dengan penggunaan syampu yang bersesuaian.
''Biasanya syampu itu perlu mengandungi bahan antikulat yang boleh digunakan bagi mengatasi masalah kelemumur,'' katanya.
Sebaiknya penggunaan syampu kata beliau, perlu diteruskan sepanjang masa bagi mengelakkan ia berulang.
Sementara itu, Saintis Procter & Gamble (P&G), Dr. Jasmine Karsono menjelaskan, adalah perkara normal apabila seseorang itu mengalami keguguran rambut antara 50 hingga 100 helai setiap hari.
''Ini memandangkan rambut hanya bertahan selama dua hingga tiga tahun di kepala seseorang dan ia akan luruh dan tumbuh kembali,'' katanya ketika menyampaikan ceramah bertajuk Selamat Tinggal Kelemumur dan Rambut Gugur.
Bagaimanapun, katanya, rambut gugur juga disebabkan oleh faktor lain, antaranya kerap menggunakan pengering rambut atau menyikat rambut dengan terlalu kerap.
''Biasanya kita akan mudah melihat rambut gugur dengan banyak ketika membasuh rambut semasa mandi atau bertaburan di bantal selepas bangun tidur,'' katanya.
Malah, katanya, masalah kelemumur juga bukan sahaja akan menyebabkan berlakunya keguguran rambut tetapi juga akan merosakkan rambut.
''Sekalipun kelemumur bukan penyakit mengancam nyawa tetapi masalah ini akan menyebabkan seseorang itu berasa tidak selesa kerana terlalu kerap menggaru juga akan membuatkan kulit kepala rosak," katanya
'


p/s: Pakai Syampu Secara Terkawal...

Jangan Menggunakan Perkataan SALAM!!!


JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz“Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,

saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;
“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata

“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…

Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.
Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan“A’kum”dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform“A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

* Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”

* Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.

* Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”

Hukuman Terhadap Askar Yang Belot...


Gile Diorang Ni Kejam Betol La...ishishish

Mayat Rentung Dalam Wad...


CEMAS...kelihatan orang awam menunggu di luar bangunan Hospital Besar Kuala Lumpur manakala jentera Bomba dan Penyelamat menghampiri pintu masuk bahagian kecemasan zon kuning berikutan kebakaran sebuah bilik yang menempatkan pesakit di ICU. Foto: Mohd Yusni Ariffin
CEMAS...kelihatan orang awam menunggu di luar bangunan Hospital Besar Kuala Lumpur manakala jentera Bomba dan Penyelamat menghampiri pintu masuk bahagian kecemasan zon kuning berikutan kebakaran sebuah bilik yang menempatkan pesakit di ICU. Foto: Mohd Yusni Ariffin
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Indonesia yang mendapat taraf penduduk tetap (PR) rentung dalam kebakaran di unit kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 pagi, mangsa, Dedy Mulia Abdul Ghani, 33 yang dipercayai menghidap sakit mental sedang dirawat di hopsital berkenaan gagal diselamatkan selepas terperangkap di dalam bilik di wad terbabit.

Pengarah Penguat Kuasa Bomba Kuala Lumpur, Azizan Ismail, berkata, anggota bomba menerima panggilan pada jam 12.34 pagi dan sampai ke tempat kejadian tujuh minit selepas itu.
Menurutnya, dua jentera bomba dari Balai Bomba Chow Kit dan Sentul dikerahkan ke tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran.

“Ketika sampai di HKL, kita dapati kakitangan hospital sedang berusaha memadam kebakaran itu menggunakan alat pemadam api.

“Kami mengambil alih memadamkan kebakaran di wad terbabit yang diselubungi asap tebal,” katanya ketika dihubungi awal pagi tadi.
Menurut Azizan, bomba berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke tempat lain dan api dapat dipadam sepenuhnya dalam tempoh setengah jam.

“Kakitangan hospital juga berjaya memindahkan seramai 15 pesakit ke wad lain. Bagaimanapun, Dedy yang terperangkap di dalam bilik terbabit gagal diselamatkan,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut kejadian terbabit bagi mencari punca kebakaran dan bagaimana mangsa terperangkap di dalam bilik itu.

p/s: Takziah buat keluarga Simati....

ToLoNg bAgI keMo sY MaKan Eh!~

free counters
Semanis Kopi Pekat

Download Muvee at MHOmuvee

 

Designed by Templateism